Alpacasso Cafe, AEON Midvalley: Syurga Bagi Instagramner

Mencari tempat yang comel untuk memenangi hati wanita kesayangan anda? Alpacasso Cafe adalah satu kafe di Kuala Lumpur yang pasti akan mencuri hati mereka yang gemarkan makanan yang comel dan menarik.

foto received_10154528048507649_zpshelt8kjg.jpeg

Terletak di tengah-tengah section mainan di AEON Midvalley, kafe ini menghidangkan makanan dan minuman berbentuk seperti watak Alpacasso. Menawarkan hidangan dengan persembahan yang indah, Alpacasso adalah syurga bukan hanya untuk pencinta makanan tetapi Instagrammer dan mereka yang gemar mengambil gambar makanan.

foto received_10154528048547649_zpss04cg9ux.jpeg

Alpacasso atau alpaca pada asalnya adalah hadiah untuk mesin arked cakar di Jepun. Plushies comel Alcapasso inj telah memenangi hati orang ramai, terutama di Jepun, tetapi kini plushies Alcapasso boleh dibeli dalam talian dan di Alpacasso Cafe, AEON Mid Valley.

Setiap hidangan dalam Alpacasso Cafe dipersembahka dengan gaya yanvbenar-benar comel. Di sini saya kongsikan apa yang telag saya cuba dengan suami dan anak saya semasa kunjungan kami baru-baru ini.

foto BeautyPlus_20161018005908_save_zpsumh96foe.jpg

Hudangan kegemaran saya adalah Alpacasso Island Curry (RM26.80). Ia adalah salah satu hidangan signature mereka. Hidangan ini sebenarnya kari ayam Jepun dihidangkan dengan Gohan (nasi Jepun) yang berbentuk Alpacasso dan disertakan dengan taman salad di sebelah. Kari Ayam  dihidangkan secara berasingan untuk mengelakkan nasi dari jadi terlalu berair. Karinya tidaklah terlalu berkrim dan ayam, kentang dan lobak merah di dalam hidangan ini amatlah banyak.

foto received_10154528049062649_zpscp8luefj.jpeg

White Alpacasso Beef Burger (RM29.80). Daging lembu patty disediakan dalam gaya Jepun dan berlapis dengan sos teriyaki. Satu lagi kegemaran peribadi selepas Alpacasso Island Kari. Hudangan inj juga datang dalam perisa ayam, jadi jika anda tidak makan daging lembu, anda boleh memesan versi ayam.

foto received_10154528048987649_zpsq9uonckc.jpeg

Fresh Garden Salad (RM19.80). Garden salad segar dihidangkan dengan dua pilihan kuah dan sampinganroti berkerak. Amat disyorkan untuk mereka yang mahukan sayur-sayuran dalam makanan mereka.

foto BeautyPlus_20161018005650_save_zpsck3zpyqy.jpg

Fluffy Alpacasso Pancakes (RM25.80). Saya tidak suka makanan manis, tapi anak lelaki saya sukakan makanan manis. Dia telah mencuba hidangan ini amat menyukainya. Buah-buahan yang mendampingi hidangan ini sangat segar dan manis, terutamanya tembikai susu Jepun.

foto received_10154528048817649_zpsslgdexdq.jpeg

Cotton Alpaccasoda Candy (RM24.80) adalah satu kemestian jika anda suka bermain dengan makanan. Perhatikan gula-gula kapas cair ke dalam gelas apabila anda menuang soda ke dalamnya dan memaniskan  minuman limau di dalamnya.

foto received_10154528048702649_zpswse2tga8.jpeg

Alpacasso Latte (RM14.80) adalah besar bagi mana-mana peminat kopi. Menarik lagi mengenai hidangan kopi ini adalah mug kopi ini diberikan percuma kepada anda dan anda boleh membawanya pulang.

foto received_10154528048767649_zpsri7lyrwi.jpeg

Garden Fresh Smoothie (RM17.80) adalah minuman yang dibuat daripada bayam segar, epal, pisang, jus oren, jus kelapa dan madu. Amat sedap diminum dan satu minuman yang mesti dipesan jika anda sukakan minuman yang berkhasiat.

foto BeautyPlus_20161018010553_save_zpszmxjbclh.jpg

Selain makanan dan minuman, anda juga boleh membeli merchandise watak Alpacasso seperti plushies, alat tulis dan bantal di kafe ini.

Pengalaman makan di sini di Alpacasso Cafe ini amatlah menggembirakan dan untuk saya sangat mengesyorkan tempat ini kepada mereka yang suka makanan yang bukan sahaja sedap tapi comel dan unik.

Alpacasso Cafe
AT.03, Inside AEON, First Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur 59200
Phone No: N/A
Opening Hours: 10 AM to 10 PM
GPS Location: 3.1188902,101.6778214

Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk keluaran Pendrive, klik pautan ini: http://www.pendrive.com.my/

Leave a Reply