Nikmat Kopi Sebenar di Sesi Menikmati Kopi di Starbucks R&R Rawang

Kopi dan teh adalah benda yang penting dalam hidup saya. Ia membantu saya terus bertenaga  melalui kandungan kafeinnya yang tinggi. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa  minuman berkafein adalah lebih dari sekadar minuman semata-mata. Ia adalah sebahagian daripada budaya makanan atau ‘food culture’ dan ia adalah satu komponen yang amat penting kepada francais kopi terbesar di Malaysia, iaitu Starbucks. Ramai yang melanggani Starbucks untuk menikmati kopinya yang lazat, tapi tidak ramai yang tahu budaya dan tradisi di Starbucks yang melibatkat kopi; Coffee Tasting Session. Sesi merasai dan menikmati kopi biasanya di adakan untuk mengalu-alukan rakan-rakan mereka yang baru, atau hanya berkongsi minat dan pengetahuan dengan pelanggan mereka yang berminat untuk belajar mengenali kopi. Saya telah diberi peluang untuk menyertai rakan kongsi dan Coffee Masters Starbucks di sesi Coffee Tasting mereka di Starbucks R & R Rawang hujung minggu lalu.

 photo IMG_1046_zpsu4viu2ge.jpg

Kopi yang kami cuba semasa sesi Coffee Tasting adalah ‘Espresso Roast’.

 photo IMG_0972_zpsguum4kff.jpg

Minuman berkafein ini terkenal kerana ia seringkali digunakan untuk menghasilkan minuman ‘Handcrafted Starbucks Beverages yang dijual di Starbucks . Gambar menunjukkan kami sedang menunggu kopi disediakan.

 photo IMG_1115_zpsppesdes2.jpg

Semasa sesi tersebut,  saya diberitahu bahawa terdapat 4 langkah utama yang mesti diikuti sekiranya kita ingin menikmati rasa sebenar kopi sepenuhnya:

Hidu- Untuk mengetahui dan mengenalpasti aroma kopi.

Hirup- untuk menyebarkan rasa kopi di seluruh lelangit lidah

Cari- Untuk mengetahui kepekatan rasa kopi yang dibawa oleh biji kopi.

Gambarkan- menggambarkan dengan lebih terperinci mengenai kopi itu sendiri berdasarkan kepada 4 aspek yang merupakan kepekatan, aroma, rasa& keasidan kopi.

 photo IMG_0981_zpslh3hexd6.jpg

Salah seorang rakan Starbucks sedang menyediakan secangkir kopi untuk dinikmati.

 photo IMG_1063_zpst4uleb9s.jpg

Menikmati kopi kami. Kopi Espresso Roast ini adalah minuman kopi panggang gelap dan ia mempunyai rasa kepekatan yang ‘penuh’, keasidan sederhana dan mempunyai rasa karamel. Kesimpulannya, kopi Espresso Roast adalah lebih kepada rasa manis, dan semestinya ia sesuai bagi penggemar kopi yang ingin menikmati rasa berani dalam minuman mereka.

 photo IMG_1119_zpsdi7v8fgz.jpg

Salah satu misi Starbucks ‘adalah “Untuk memberi inspirasi & memupuk semangat manusia, satu orang, satu cawan, satu kejiranan”, dan saya benar-benar gembira diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Pendrive, klik pautan ini: http://www.pendrive.com.my/

Leave a Reply