Pendrive: Solusi Penyimpanan Data Yang Boleh Dipercayai

Hampir semua pekerjaan masa kini melibatkan penggunaan gadget, dan saya juga tidak terkecuali dari menggunakan gadget dalam menyempurnakan tugasan-tugasan saya. Sebagai seorang pengemar aktiviti pelancongan dan penulis yang moden, saya mengamalkan konsep paper-less dimana kertas tidak digunakan dalam  kerja penulisan saya. Semua hasil kerja penulisan saya adalah berversi digital dan diterbitkan di ruangan digital.

Antara gadget ‘Mesti Ada’ bagi saya  adalah smartphone, kamera DSLR dan juga laptop. Gadget-gadget ini mempermudahkan tugasan harian di mana-mana sahaja saya berada. Namun begitu, gadget-gadget ini mempunyai batasan yang tersendiri. Contohnya,  kuasa bateri telefon bimbit pintar (smartphone) kamera dan juga laptop tidak boleh bertahan lama walaupun gadget-gadget ini telah dicaskan sehingga mencapai tahap maksima. Begitu juga dengan kapasiti simpanan data yang sentiasa berkurangan dengan penggunaan yang kerap.

Kapasiti simpanan data yang semakin-lama semakin kurang selepas setiap kali penggunaan gadget, tidak kiralah samada ia adalah smartphone, laptop ataupun kamera DSLR adalah masalah yang amat besar bagi saya yang sentiasa mengembara dan berada di luar. Bayangkan perasaan saya satu ketika dahulu dimana smartphone dan DSLR saya memberi amaran bahawa memory dan ruang simpanan data di dalam phone dan kamera tidak mencukupi dan saya tidak dapat terus membuat rakaman video dan menangkap gambar yang menarik pada masa itu.

Memadamkan fail atau gambar-gambar lama yang tersimpan di dalam gadget-gadget saya bukanlah satu pilihan yang baik kerana setiap hasil kerja saya, samada penulisan atau gambar yang diambil mempunyai nilai yang tersendiri. Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk memaksimakan penggunaan gadget dengan gadget simpanan memori tambahan.

 photo BeautyPlus_20160907201219_save_zps2yyfchu8.jpg

Baru-baru ini, saya telah disyorkan untuk menggunakan produk-produk Pendrive untuk membantu meningkatkan ruang simpanan data untuk gadget-gadget yang saya gunakan untuk bekerja. Jenama Pendrive terkenal dengan keluaran produk simpanan data, contohnya thumbdrive dan memori card bekelajuan tinggi.

Berikut adalah produk dari Pendrive yang sedang saya gunakan:

PenDrive On-The-Go (OTG)

 photo BeautyPlus_20160907200849_save_zpstlwbgvgc.jpg

PenDrive OTG ini kecil sahaja. Ia amat mobile dan mesra ruang. Ia boleh di gunakan di mana sahaja. Cara penggunaanya amat mudah sekali kerana ia berkonsepkan ‘plug and play’ di mana anda boleh terus memasukkan Pendrive ini ke dalam penyambung Micro B smartphone anda dan ia terus berfungsi sebagai ruang simpanan tambahan untuk telefon anda. Dengan ciri ciri USB 3.0; anda dijamin mendapat kelajuan membaca data maksima iaitu 120.9 MB/. Pendrive OTG bervariasi dengan 4 warna dengan kapasiti storage yang berbeza.

8GB (Hitam)- RM 25
16GB (Perak)- RM 3
32 GB (Gold) -RM 48
64GB (Rose Gold)- RM 85

Pendrive OTG ini serasi dengan telefon pintar  Android dan  iPhone.

PenDrive Lightning-X 128GB (USB 3.0)

 photo BeautyPlus_20160907200912_save_zps5a9fgfzd.jpg

PenDrive Lightning-X 128GB (USB 3.0) ini merupakan salah satu pendrive kegemaran saya. Bentuk rekaannya bukan sahaja elegen dan menarik malah ia mempunyai kapasiti simpanan data yang besar. PenDrive Lightning-X 128GB (USB 3.0) mempunyai ruang 128 GB serta menawarkan kelajuan pemindahan data yang pantas. Sama seperti Pendrive OTG, ia juga mudah digunakan. Anda hanya perlu ‘plug and play’ sahaja.

PenDrive RocketX PRO UHS-3

 photo BeautyPlus_20160907200815_save_zpspd2wgyvl.jpg

Penulis blog dan kamera DSLR berpisah tiada. Untuk menghasilkan artikel yang berkualiti, gambar yang dipaparkan mestilah berkualiti juga. Seperti yang anda maklum, semua kamera menggunakan memory card dan memory card yang berkapisiti tinggi amatlah penting bagi memastikan tugasan-tugasan fotografi tidak tergendala. PenDrive RocketX PRO UHS-3 menawarkan kapasiti simpanan data sebanyak 128G dan dengan kapasiti Class 10, dimana ia memberi kelajuan pemindahan data sebanyak  10MB/saat. Dengan kelajuan pemindahan data ini, ia memudahkan anda melakukan rakaman video HD, still image dan continuos shot yang cantik tanpa perlu mengganti memory card semasa sesi fotografi dijalankan.

PenDrive RocketX PRO UHS-3 didatangkan dengan 3 variasi kapisiti yang berbeza iaitu:

128GB (RM 255)
64GB (RM 125)
32GB (RM 72)

PenDrive Nano∞ Infinite (SSD)

 photo BeautyPlus_20160907200731_save_zpsxijehksj.jpg

PenDrive Nano∞ Infinite (SSD) sebnarnya adalah sebuah external harddisk. Tanggapan pertama saya terhadap PenDrive Nano∞ Infinite (SSD) ini adalah bentuk rekaannya semestilah besar seperti external harddisk yang biasa saya gunakan. Tapi tanggapan saya salah sama sekali kerana PenDrive Nano∞ Infinite (SSD) ini kecil dan comel sekali. Bersaiz poket, PenDrive Nano∞ Infinite (SSD) dicipta untuk kemudahan individu yang selalu travel.

PenDrive Nano∞ Infinite (SSD) didatangkan dalam kapasiti yang berbeza, iaitu:

128GB (RM 215)
256 GB (RM 375)
512GB (RM 695)
1 T (RM 1395)

Apa yang menarik bagi semua produk Pendrive yang diatas adalah semuanya dikatakan kalis air, kalis hentakan, kalis suhu dan juga kalis X-ray.

Secara keseluruhan, Pendrive menawarkan penyelesaian yang amat baik bagi saya. Produk-produk Pendrive yang saya gunakan amat membantu dalam menyempurnakan tugasan-tugasan saya dan saya amat mengesyorkan produk berjenama Pendrive sebagai solusi penyimpanan data yang boleh dipercayai.

Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk keluaran Pendrive, klik pautan ini: http://www.pendrive.com.my/

Leave a Reply