Raikan Tetamu Anda Dengan The Coffee Bean & Tea Leaf

Setiap tuan rumah pastinya meinginkan suasana selesa dan menyenangkan ketika melayan tetamu; dengan Pek Parti CB&TL baharu, segalanya menjadi lebih mudah untuk mengadakan parti. Anda  hanya perlu lihat, pilih dan pra-tempah di laman web sahaja.

 photo Party Packs_zpsfumdxlix.jpg

Kini, perancangan parti lebih mudah dan menyeronokkan dengan tiga kategori pilihan iaitu Party Classics, Party Signature atau Party Premium. The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) menjadi menawarkan15 pek parti berbeza untuk setiap majlis. Pek Parti baharu dengan sentuhan berbeza daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) ini direka khas untuk memudahkan lagi sesiapa sahaja yang ingin mengadakan parti dengan penuh gaya, tanpa perlu runsing untuk memilih makanan daripada menu yang panjang. Dengan pek parti yang ditawarkan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf, anda boleh melayan tetamu dengan mesra tanpa perlu risau tentang makanan. Majlis anda pasti  akan menjadi lebih meriah.

Anda boleh memilih sama parti pek daripada pilihan manis seperti Chocolate Delight, Citrus Carnival dan Tart Attack; atau pilihan lain seperti Quiche Delish, Puffs n’ Pies dan Cali Sliders.

Untuk menambah lagi keterujaan dalam Pek Parti ini, CB&TL juga mempersembahkan dua teh ‘whole leaf oolong’ baharu yang diperoleh dari Pergunungan Nantou County  di Taiwan – Osmanthus Oolong merupakan campuran separuh penuh dengan aroma dan rasa bungaan, sementara Tung Ting Oolong Edisi Terhad menyeriakan deria anda dengan rasa pic dan aroma bungaan yang separa manis. Proses pembuatan Osmanthus Oolong memerlukan ketetapan masa bersesuaian dan melibatkan proses berperingkat seperti yang dilakukan generasi terdahulu; ini termasuklah memetik bunga Osmanthus setahun sekali pada waktu bersesuaian ketika ia masih segar dan proses menggelek sebanyak empat kali untuk meningkatkan rasa daun teh. Daun teh Tung Ting Oolong perlu melalui proses eksklusif sebanyak 14 peringkat, bermula dengan memetik dua daun paling segar dan putik bunganya.

Antara pilihan yang menarik dari The Coffee Bean & Tea Leaf:

 photo Say Cheese...LR_zpshe4jxpf1.jpg

Say Cheese

 photo Baby Bear Cupcakes_zps9erpxcod.jpg

Cupcakes Baby Bear yang comel

 photo Bagel Mania_zpsckc5ztv3.jpg

Bagel Mania

Terokai lebih lagi tentang teh-teh ini dan kesemua pilihan 15 Pek Parti dan ketahui lebih lanjut tentang tawaran terbaharu CB&TL, berita dan promosi di www.coffeebean.com.my atau ikuti CB&TL di laman Facebook  www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun instagram CB&TL di @coffeebeanMY.

Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk keluaran Pendrive, klik pautan ini: http://www.pendrive.com.my/

Leave a Reply