Pop up kafe yang menjadikan watak Pokemon, Pikachu sebagai tema, akan menemui anda di Mid Valley Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Makanan dan minuman di Pokemon Cafe telah diilhamkan dan diinspirasikan oleh cerita dan watak-watak Pokemon. Berikut saya kongsikan dengan anda apa yang menarik di sini.
Pikachu Smiling Rice Omelet (RM29.90). Nasi kuning wangi digayakan dengan bentuk Pikachu dan dihidangkan dengan croquette kentang, tamago dengan lembaran rumpai laut dan secawan kari merah istimewa. Penggemar nasi pasti menyukai hidangan ini.
Pokemon Cafe, AEON Mid Valley Kuala Lumpur: Pikachu Smiling Rice Omelette
Tonton video untuk penerangan lanjut mengenai hidangan ini.
Battle on Pikachu! Level Up with Rare Candy! (RM34.90) adalah sejenis hidangan pasta spageti dan dihidangkan dengan sisi kentang lecek berinti daging atau ayam dan dibalut dengan helaian telur dadar dan dihiasi dengan telur puyuh rebus dan gula-gula coklat. Ini adalah gabungan cantik, comel dan menarik. Kanak-kanak pasti akan suka hidangan ini kerana ia bukan sahaja comel tetapi mempunyai beberapa biji gula-gula juga.
Pokemon Cafe AEON Mid Valley Kuala Lumpur: A Pikachu Pasta Dish
Tonton video untuk penerangan lanjut tentang hidangan ini.
Let’s get together at Pokemon Cafe! Pokemon Cafe’s fried Potato (RM29.90) hidangan kentang goreng dan bebola kek ikan ini sesuai untuk dikongsi oleh dua orang.
Pokeball Cream Puff (RM34.90) Penggemar makanan manis pasti sukakan hidangan ini. Krim puff buah bertemakan Pikachu dan pokeball dihidangkan dengan sisi crepe ini bukan sahaja menarik, tapi enak dimakan juga.
Pokemon Cafe AEON Mid Valley Kuala Lumpur: Pokeball Cream Puff
Tonton video untuk penerangan lanjut mengenai hidangan Pokeball Cream Puff ini.
Volt Tackle Soda (RM18.90) adalah sejenis minuman soda oren yang dihidangkan dengan aiskrim berperisa mangga berbentuk Pikachu dan dihidangkan bersama-sama dengan gula-gula manis yang ‘meletup’ mulut anda. Minuman ini amatlah menyegarkan dan disyorkan kepada mereka yang suka bermain dengan makanan mereka.
Secara keseluruhannya, kafe ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang comel kepada para pengunjung. Kafe ini juga menjual barangan dan mainan Pokemon yang original di kedai mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pokemon Cafe, rujuk maklumat di bawah:
Pokemon Cafe @ Anista Tokyo AEON Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, 1st floor AEON Mid Valley
Tempoh Pop Up: 23 Nov 2016- 28 Feb 2017.
Waktu operasi:
10:00-22:00 Ahad hingga Khamis (tempahan terakhir 09:15 malam)
10 23:00 pagi- Jumaat hingga Sabtu (tempahan terakhir 10:15 malam)
Untuk maklumat terkini, layari pautan berikut:
Facebook: https://facebook.com/anistatokyomy/
Instagram: @anista_tokyo_my
Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk keluaran Pendrive, klik pautan ini: https://www.pendrive.com.my/