Richworks Bantu Usahawan Hadapi Tahun 2022

Tahun 2022 adalah masa untuk mengutamakan isu-isu jangka masa panjang yang menjadi lebih serius akibat pandemik. Ini termasuk masalah pengangguran, ketidaksamaan, sistem perlindungan sosial yang tidak komprehensif, kegagalan mengharungi perubahan iklim seperti banjir serta kurangnya daya saing industri negara di rantau Asia Tenggara.

Peningkatan kos sara hidup yang drastik ini amat mengganggu situasi rakyat akibat kekurangan pendapatan untuk menampung keperluan asas serta bebanan hutang yang ditanggung bagi menampung kenaikan kos barangan, perkhidmatan dan juga keperluan harian

Memandang serius permasalahan ini, Richworks tampil dengan strategi dan Langkah-langkah membantu usahawan dalam menaikkan perniagaan mereka. RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Perihal Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia’s No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks – Titanium dan SPIRE.

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 – 24 bulan.

Perkongsian Mentor Usahawan : Datuk Wira Dr Azizan Osman

“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”

Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Boleh sertai dan boleh klik di Saluran Telegram Azizan Osman Official

https://bit.ly/vcdwdao

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.