Anak Datuk K, Asyraf Berubah Disebabkan Azizan Osman 

 

Jika ditanya tentang ekonomi ketika ini, pasti ramai kata nak berniaga pun susah. Tapi, apa yang susahnya kalau memang lahir-lahir orang kaya! – Itulah mindset dan kata-kata netizen jika dikaitkan dengan Datuk K atau keluarga Datuk K.

 

Anak Datuk K iaitu Asyraf Khalid dulunya bukan seperti sekarang. Menurut Datuk K sendiri, anaknya sangat sukar yakin diri, rasa tidak berjaya dan selalu kecewakan dirinya. Namun kini, beliau bersyukur kerana Anaknya telah berubah.

 

Baru-baru ini, dalam sebuah Majlis Sambutan Hari Jadi Datuk K dan Majlis Makan Malam, Datuk K sendiri telah mendedahkan tentang perubahan anaknya.

 

Lebih menarik lagi,  beliau telah menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk makan malam bersama di rumah beliau.

Pendedahan Ketika Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Jadi Datuk K

 

Datuk K memberi ucapan yang mengejutkan anaknya sendiri dan juga Datuk Wira Dr Azizan Osman pada malam itu. Jom lihat video yang dikongsikan oleh anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid ini.

Dalam ucapan ini, beberapa perkara telah diungkap dari hati Datuk K sendiri. Rupa-rupanya, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah mengubah dan membimbing anaknya Asyraf bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga dalam kehidupan. Hanya ambil masa 3 tahun, kejayaan datang bertubi-tubi. Syukur sekali, segala perspektif kehidupan menjadi bertambah baik buat Asyraf Khalid.

 

Kata-Kata Luahan Dari Asyraf Khalid

 

Dalam majlis malam tersebut, Asyraf yang ditemui berkata,

 

“Saya ingin membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,”

 

Pada mulanya mengenali Datuk Wira, mereka berniat ingin belajar dan dibimbing untuk berjaya dalam perniagaan, tetapi selepas bermentor Datuk Wira, bukan sahaja perniagaan yang Datuk Wira fokuskan.

 

Beliau juga dapat bezakan kehidupan peribadi dan perniagaan Mutyara sebelum bermentor dan selepas bermentor Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kalau dulu, beliau sebenarnya seorang yang nakal dan sering kali kecewakan ayahnya dan tidak berjaya.

 

 

Dengan perjalanan perniagaan pilihannya dan mentor usahawan terbaik dari RichWorks International ini, Titan RichWorks ini faham perjalanannya masih panjang. Beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya dalam majlis tersebut.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” Kata Asyraf.

 

Hidup Berubah Sejak Ada Mentor

 

 

Selepas bersama RichWorks dalam program Titanium ataupun lebih digelar dengan nama Titan RichWorks, Asyraf melihat Datuk Wira Dr Azizan Osman amat pantas sebagai mentor terbaik bagi dirinya.

 

Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan membantu membimbing berkaitan bisnes sahaja, malah membantu secara holistik termasuk bab kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Allah SWT.

 

Tak cukup itu, dengan nilai-nilai baik didikan mereka dalam kumpulan anak didik Azizan dan RichWorks, Asyraf Khalid juga dilihat berubah menjadi lebih baik lagi.

 

Para titan Richworks juga telah diajar untuk sentiasa merendah diri, terapkan nilai murni dalam kehidupan. Walaupun kebanyakan usahawan Titan Richworks sudah mencapai kejayaan pada tahap jualan jutaan ringgit, masing-masing tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul yang mereka lakukan,” ujar Asyraf berkaitan titan Richworks dan kejayaan Circle Usahawannya.

 

Kata Luahan Dari Datuk K Mengenai Azizan Osman

 

 

Azizan Osman yang dikenali pakar pemasaran no 1 Asia ini pastinya dikagumi ramai oleh, malah Datuk K juga terasa begitu. Bukan sahaja kagum, malah beliau turut mencemburui Azizan Osman yang berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan berjaya di Malaysia.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelas Datuk K lagi.  Contoh terdekat adalah anaknya sendiri. Kerana itulah beliau benar-benar teruja dan berterima kasih kepada Datuk Wira.

 

 

Kata Datuk K lagi,

 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan,”

 

Kesimpulannya, jelas dengan adanya Mentor Usahawan Datuk Wira, Datuk K sendiri nampak anaknya telah berubah dengan lebih baik. Walaupun kita dengar hal ini seperti simple sahaja, tetapi sebenarnya ia telah beri impak yang besar kepada Datuk K sekeluarga atas kejayaan yang dicapai oleh Asyraf dan Tya.

 

Tahniah Diucapkan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.