Ramai graduan wanita di Malaysia merasakan bahawa persaingan di alam pekerjaan amatlah tinggi dan merasakan potensi mereka untuk mendapat kerja yang di idamkan amatlah rendah berbanding lelaki. Ini adalah tidak benar sama sekali. Lelaki atau wanita, kedua-duanya ada peluang yang sama untuk mendapatkan kerja yang diidamkan.
Bagi mereka yang mahu cari jawatan kosong , boleh lawati portal KerjaKosong.Co.
Di dalam portal jawatan kosong ini, terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan yang mungkin sesuai dengan anda. Laman web inu sentiasa dikemaskini dan memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat , dan berserta tips mudah dapat kerja, sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta. Laman web ini sesuai untuk mereka yang mencari jawatan kosong 2020.
Antara jawatan yang boleh dicari disini ialah jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp dalam perbagai bidang.
Perkara yang paling penting semasa temu duga kerja ialah ‘first impression’. 30 saat pertama anda bersemuka dengan penemuduga anda adalah masa yang paling berharga buat anda meyakinkan mereka untuk ambil anda bekerja.
Berikut adalah beberapa tips yang mudah bagaimana untuk menarik perhatian penemuduga anda.
1. Menepati masa. Pastikan anda sampai di lokasi 15 lebih awal sebelum sesi temuduga anda berlangsung.
2. Semak soalan wawancara yang paling kerap ditanya oleh majikan dan fikirkan bagaimana anda akan menjawabnya.
3. Pakai pakaian temuduga yang sesuai. Sentiasa berpakaian dengan kemas dan sesuai.
4. Jangan masuk ke sesi temuduga tanpa mengetahui apa-apa. Luangkan masa untuk menyelidik organisasi, jadi anda tahu seberapa banyak yang mungkin mengenainya. Dengan cara itu, anda bersedia untuk menjawab soalan mengenai apa yang anda tahu tentang syarikat. Selain meneliti organisasi, lihat jika anda boleh mendapatkan maklumat dalaman mengenai syarikat dan kakitangannya. Semak rangkaian LinkedIn, Facebook, dan alumni kolej anda untuk mengetahui sama ada anda tahu sesiapa yang boleh berkongsi maklumat orang dalam dengan anda.
5. Semak skop kerja. Ketahui sebanyak mungkin mengenai kerja yang anda pohon.
6. Semak pewawancara di LinkedIn. Ambil satu atau dua minit dan semak pewawancara di LinkedIn jika anda dapat mencarinya. Ini akan memberi sedikit sebanyak membantu dalam menjawab soalan yang bakal ditanya.
7. Jangan pakai minyak wangi yang berbau kuat. Elakkan makeup yang tebal sekiranya anda memohon kerja pejabat. Bagi yang berhijab, pastikan hijab anda kemas dan tersusun dengan elok.
8. Tiada siapa yang mahu menyentuh tangan basah atau berpeluh. Jika anda boleh pergi ke tandas sebelum di temuduga, basuh dan keringkan tangan anda dengan teliti. Apabila anda disambut oleh pewawancara, jabat tangan mereka dengan genggaman yang yakin.
9. Senyum. Ini menunjukkan personaliti positif dengan kemahiran interpersonal yang baik.
10. Tunjukkan semangat anda dan keghairahan anda terhadap apa yang anda lakukan dan apa yang anda ingin lakukan dalam kerja seterusnya. Keterujaan anda biasanya diambil kira.
11. Akhir sekali, ucapkan terima kasih dan follow up selepas temubual. Anda boleh pilih untuk mesej, membuat panggilan telefon ataupun email untuk bertanya tentang status kelayakan anda.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Saya berharap tips serta portal rasmi jawatan kosong yang di kongsikan di atas bermanfaat untuk semua wanita-wanita hebat di luar sana.