Mencari tempat yang comel untuk memenangi hati wanita kesayangan anda? Alpacasso Cafe adalah satu kafe di Kuala Lumpur yang pasti akan mencuri hati mereka yang gemarkan makanan yang comel dan menarik.
Terletak di tengah-tengah section mainan di AEON Midvalley, kafe ini menghidangkan makanan dan minuman berbentuk seperti watak Alpacasso. Menawarkan hidangan dengan persembahan yang indah, Alpacasso adalah syurga bukan hanya untuk pencinta makanan tetapi Instagrammer dan mereka yang gemar mengambil gambar makanan.
Alpacasso atau alpaca pada asalnya adalah hadiah untuk mesin arked cakar di Jepun. Plushies comel Alcapasso inj telah memenangi hati orang ramai, terutama di Jepun, tetapi kini plushies Alcapasso boleh dibeli dalam talian dan di Alpacasso Cafe, AEON Mid Valley.
Setiap hidangan dalam Alpacasso Cafe dipersembahka dengan gaya yanvbenar-benar comel. Di sini saya kongsikan apa yang telag saya cuba dengan suami dan anak saya semasa kunjungan kami baru-baru ini.
Hudangan kegemaran saya adalah Alpacasso Island Curry strong> (RM26.80). Ia adalah salah satu hidangan signature mereka. Hidangan ini sebenarnya kari ayam Jepun dihidangkan dengan Gohan (nasi Jepun) yang berbentuk Alpacasso dan disertakan dengan taman salad di sebelah. Kari Ayam dihidangkan secara berasingan untuk mengelakkan nasi dari jadi terlalu berair. Karinya tidaklah terlalu berkrim dan ayam, kentang dan lobak merah di dalam hidangan ini amatlah banyak.
White Alpacasso Beef Burger strong> (RM29.80). Daging lembu patty disediakan dalam gaya Jepun dan berlapis dengan sos teriyaki. Satu lagi kegemaran peribadi selepas Alpacasso Island Kari. Hudangan inj juga datang dalam perisa ayam, jadi jika anda tidak makan daging lembu, anda boleh memesan versi ayam.
Fresh Garden Salad strong> (RM19.80). Garden salad segar dihidangkan dengan dua pilihan kuah dan sampinganroti berkerak. Amat disyorkan untuk mereka yang mahukan sayur-sayuran dalam makanan mereka.
Fluffy Alpacasso Pancakes strong> (RM25.80). Saya tidak suka makanan manis, tapi anak lelaki saya sukakan makanan manis. Dia telah mencuba hidangan ini amat menyukainya. Buah-buahan yang mendampingi hidangan ini sangat segar dan manis, terutamanya tembikai susu Jepun.
Cotton Alpaccasoda Candy strong> (RM24.80) adalah satu kemestian jika anda suka bermain dengan makanan. Perhatikan gula-gula kapas cair ke dalam gelas apabila anda menuang soda ke dalamnya dan memaniskan minuman limau di dalamnya.
Alpacasso Latte strong> (RM14.80) adalah besar bagi mana-mana peminat kopi. Menarik lagi mengenai hidangan kopi ini adalah mug kopi ini diberikan percuma kepada anda dan anda boleh membawanya pulang.
Garden Fresh Smoothie strong> (RM17.80) adalah minuman yang dibuat daripada bayam segar, epal, pisang, jus oren, jus kelapa dan madu. Amat sedap diminum dan satu minuman yang mesti dipesan jika anda sukakan minuman yang berkhasiat.
Selain makanan dan minuman, anda juga boleh membeli merchandise watak Alpacasso seperti plushies, alat tulis dan bantal di kafe ini.
Pengalaman makan di sini di Alpacasso Cafe ini amatlah menggembirakan dan untuk saya sangat mengesyorkan tempat ini kepada mereka yang suka makanan yang bukan sahaja sedap tapi comel dan unik.
Alpacasso Cafe
AT.03, Inside AEON, First Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur 59200
Phone No: N/A
Opening Hours: 10 AM to 10 PM
GPS Location: 3.1188902,101.6778214
Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk keluaran Pendrive, klik pautan ini: https://www.pendrive.com.my/