Harga barangan runcit telah mengalami kenaikan yang dahsyat sejak kebelakangan ini dan tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan kenaikan harga yang agak melampau, tetapi jangan bimbang, sekiranya anda membeli-belah dengan bijak, anda pasti dapat menjimatkan wang anda.
Sepertimana yang anda tahu, terdapat banyak pusat membeli belah yang menawarkan diskaun dan potongan harga untuk stok makanan, tetapi tidak semua menjanjikan penjimatan maksima dalam pembelian barang dapur. Oleh itu, sebagai seorang yang sangat peka terhadap isu ekonomi rumahtangga ini, saya mencadangkan anda supaya memaksimakan penjimatan anda dengan membeli belah di Tastefully Food & Beverage Expo 2016.
Tastefully Food & Beverage Expo 2016 merupakan pameran makanan yang terbesar di Malaysia dimana ia disertai oleh syarikat-syarikat makanan antarabangsa. Tastefully Food & Beverage Expo tahun ini dikatakan akan mempersembahkan pengguna dengan lebih banyak pilihan barangan makanan berkualiti tinggi dari perbagai syarikat makanan gergasi yang datang dari seluruh dunia. Menarik lagi, Tastefully Food & Beverage Expo 2016 akan menawarkan potongan harga sehingga 70%. Selain dari itu, anda juga berpeluang melihat sendiri produk-produk baru yang masih belum lagi dipasarkan di Malaysia.
Hebat, bukan? Sebagai seorang pengguna yang bijak, anda patut mengambil peluang ini untuk membeli barangan dapur sambil berjimat cermat.
Tastefully Food & Beverage Expo 2016 akan berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Aras 3, Kuala Lumpur – Malaysia pada 11 – 13 November 2016 (10 pagi – 9 malam). Masuk adalah percuma.