Pilihan Editor: Wajib Dicuba di Tastefully Food&Beverage Expo 2016

 photo BeautyPlus_20161112024722_save_zpsldffcgt2.jpg

Sebagai seorang yang suka mencuba juadah yang unik dan menarik, sudah tentulah saya tidak melepaskan peluang untuk ke Tastefully Food&Beverage Expo 2016. Okay, walaupun semasa kunjungan saya tempat itu agak swsak dengan para pengunjung yang pergi untuk memborong makanan, ekspo itu tidaklah mengecewakan. Anda mungkin terlepas pandang beberapa perkara, maka disini saya berikan sedikit panduan ringkas tentang beberapa gerai yang menarik dan mesti dilawati di ekspo itu:

1. Demo masakan. Terdapat banyak demo masakan disini. Tetapi yang paling menarik adalah gerai OKK yang menjual perlbagai jenis makanan vegetarian serta daging olok-olok. Selain membeli makanan disini, anda juga boleh belajar cara mengendalikan makanan vegetarian.

Cooking demo at Tastefully Food&Beverage Expo

Video hidangan Ayam Vegetarian Masak Masam Manis sedang disediakan.

 photo 20161111_143211_zpsbbvbo9kq.jpg

Nampak seperti ayam sebenar, bukan? Rasanya juga seperti ayam sebenar walaupun daging ‘ayam’ ini diperbuat dari hampas soya.

2. Sekiranya anda datang ke ekspo ini, jangan lupa untuk mencuba pelbagai jenis kek dan biskut. Terdapat banyak gerai yang menjual kek dan biskut tetapi yang paling sedap bagi saya adalah dari Wonderful Cake House (Booth 253)

 photo 20161111_143531_zpsim4gjb9t.jpg

Mereka menawarkan biskut yang enak sekali.

 photo 20161111_143545_zpsq2yidleo.jpg

Kek keju mereka juga amat menyelerakan.

 photo 20161111_144810_zpsng2p2rqs.jpg

Dan alang alang sedang mencuba makanan yang manis, cubalah Crispy Puff dari gerai Glamour Crispy Puff (Booth 237) yang bersebelahan. Puff mereka agak unik dan lazat.

3. Bagi mereka yang menitikberatkan penggunaan rempah- ratus dan herba dalam masakan, singgah sebentar di Canton Kitchen.

 photo 20161111_145908_zpstahfds3x.jpg

Mereka menawarkan halia tua dan serbuk halia yang terbaik dari ladang di Bentong, Pahang.

 photo 20161111_150156_zpsfu8lrp5i.jpg

Halia tua bersaiz besar. Dijamin pedas dan panas.

4. Sukakan makanan Jepun dan Korea? Jenguklah ZP Food Import&Export Sdn.Bhd. (Booth 178&179).

 photo 20161111_151905_zpsglwvk7om.jpg

Terdapat pelbagai jenis makanan Jepun dan Korea di sini.

 photo 20161111_151916_zpsmnotq92b.jpg

Tetapi pengguna yang beragama Islam perlu lebih sensitif dan berjaga-jaga di sini kerana bukan semua makanan yang dijual di gerai ini diiktiraf halal, terutama sekali ramen. Oleh itu, sila semak label sebelum membuat sebarang pembelian.

5. Penggemar mi segera tegar? Mi segera mengandungi banyak MSG dan kurang baik untuk kesihatan.

 photo 20161111_153101_zpsf7cykdy0.jpg

Apa kata anda tukar selera sikit dan cuba mi dari On Lee? Mi ini tidak memngandungi bahan pengawet. Dan diperisakan dengan bahan semulajadi.

6. Perokok tegar? Sudah-sudahlah merokok. Apa kata anda cuba biskut Nitrogen Dragonbreath pula?

 photo 20161111_154129_zpsiraxlr0z_edit_1478888842599_zps3wb7gu3b.jpg

Lebih dahsyat dari rokok, biskut ini bisa menukarkan anda menjadi seekor naga yang berasap.

#EllieTravels: Trying out nitrogen biscuit at Tastefully Food&Beverage Expo 2016 @MVEC

Tak percaya? Tontoni video di atas. Hebat, bukan?

7. Penggemar Asam Laksa?

 photo 20161111_154258_zpsadzhfdil.jpg

Singgahlah di gerai D’Laksa (Booth 163) dan cubalah semangkuk laksa yang pedas lagi menyelerakan.

8. Perlukan minuman berkafein

 photo 20161111_154528_zpsetkpgge1.jpg

Apa kata anda cuba kopi 3in1 terbaru dari Paparich? Produk minuman terbaru mereka menggunakan stevia sebagai pilihan alternatif yang lebih sihat bagi menggantikan gula putih.

9. Inginkan snek sihat pemberi tenaga?

 photo 20161112_020344_zpsq8jwxn1r.jpg

Cubalah kekacang dari Nutty Lover. Kekacang ini dikatakan dapat membantu meningkatkan tenaga anda.

10. Akhir sekali, jangan lupa untuk kekal terhidrat.

 photo BeautyPlus_20161112024102_save_zps3ngolali.jpg

Dapatkan setin dua minuman tin dari gerai F&N. Mereka menawarkan jus dengan harga yang menarik.

Nah, inj dia 10 benda yang patut dicuba jika anda mengunjungi Tastefully Food&Beverage Expo.

Tastefully Food&Beverage Expo sedang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC),Aras 3, Kuala Lumpur Malaysia pada 11-13 November 2016 pada 10 pagi-9malam. Masuk adalah percuma.

Nota kaki: Penulisan dan simpanan backup bagi article ini diperkasakan oleh pelbagai gadget Pendrive. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Pendrive, klik pautan ini: https://www.pendrive.com.my/

Leave a Reply http://cleffairy.com/dating-a-girl-with-bad-credit/

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.